Wednesday, March 14, 2012

5 CARA MADU MEMBUNUH BAKTERIA

1. Hydrogen peroxide, a kind of bleach. The honey enzyme called glucose oxidase makes hydrogen peroxide when honey is diluted with water. We clean toilets with bleach, and it’s pretty good at killing bacteria.

2. Sugar. Honey has so much sugar there’s hardly any water for bacteria to grow in.

3. Methylglyoxal (MGO), an antibacterial compound found in medical grade honey which is made in controlled greenhouses, albeit in smaller amounts.


4. Bee defensin 1, a protein found in royal jelly (special food for queen bee larva.) This report is the first time bee defensin 1 has been identified in honey, and it works as an antibiotic.

5. Acid. Diluted honey has a pH of around 3.5, the acidic environment slows down bacterial growth.

These five things work together to provide a broad spectrum activity against bacteria. For example, S. aureus is vulnerable hydrogen peroxide, while B. subtillis is challenged only if MGO and bee defensin 1 are working simultaneously. Honey has the right mix for maximum destruction.


***Kwakman, P., te Velde, A., de Boer, L., Speijer, D., Vandenbroucke-Grauls, C., & Zaat, S. (2010). How honey kills bacteria The FASEB Journal, 24 (7), 2576-2582 DOI: 10.1096/fj.09-150789

~source~

Monday, March 12, 2012

MADU TUALANG MENINGKATKAN TAHAP IMUNISASI BADAN

**Hasil kajian universiti mendapati madu lebah tualang boleh meningkatkan tahap imunisasi badan terhadap serangan sebarang penyakit


KOTA BAHARU, 5 Feb (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengumumkan penemuan baru khasiat madu lebah yang didapati boleh mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan rasa sakit.
"Ini adalah penemuan awal dalam kajian oleh pensyarah USM terhadap khasiat madu lebah, khususnya Madu Tualang, setakat ini," kata Dekan Fakulti Patologis dan Pendidikan Perubahan USM Prof Nor Hayati Othman.

Beliau berkata USM dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membuat 20 kajian terhadap Madu Tualang sehingga ini dan mendapati ia memberikan kesan positif kepada tubuh manusia.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat khas berhubung khasiat madu lebah, katanya madu lebah itu didapati mempunyai khasiat yang tinggi dan boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.
Beliau berkata antaranya termasuk berupaya melewatkan menopaus di kalangan wanita berusia, merawat penyakit diabetis, menguatkan tulang dan meningkatkan hormon di dalam badan wanita.
Nor Hayati berkata Fama akan menjadi pembekal madu tualang untuk kajian jangka panjang yang dibuat oleh USM, dan menurutnya untuk tahun ini pihaknya memerlukan 1,300 kilogram madu tualang bagi tujuan itu.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=312409

Friday, March 9, 2012

KHASIAT MADU TUALANG UTK IBU MENGANDUNG

Madu selamat diamalkan semasa mengandung ,malah khasiat madu sendiri dapat dinikmati oleh bayi yang dikandung juga.
antara khasiat madu kepada ibu yg hamil :-

-mengurangkan rasa loya ,ambil madu sebelum tidur
-menambah daya tahan penyakit
-mengelakkan masalah sembelit ,madu membantu sistem penghadaman
-memberi tenaga

khasiat madu kepada ibu lepas bersalin
-membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
-Membantu proses penghadaman dan masalah sembelit

Friday, March 2, 2012

PANTANG LARANG MADU

  • Tidak boleh diberikan pada bayi berumur 6 bulan ke bawah
  • Jangan makan madu dalam masa empat jam anda makan ubat.
  • Elakkan dari memakan madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksi negatif pada tubuh
  • Elakkan madu dari terkena pancaran cahaya matahari.
  • Jangan simpan madu dalam peti sejuk.
  • Jauhkan madu dari litar elektrik.
  • kurangkan pendedahan madu kepada unsur logam dan haba.

Wednesday, February 29, 2012

CARA MEMASTIKAN KEASLIAN MADU TUALANG

Kami mencadangkan kepada anda kaedah untuk menguji keaslian madu tualang samada madu lebah yang dijual adalah asli ataupun tiruan. Kaedah mengenalpasti Madu Lebah Asli adalah seperti berikut:


1)Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah.Pastikan botol madu tersebut berlabel, syarikat berdaftar, ada alamat,no telefon penjual,email ,web dsb nya.

2)Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu lebah asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu lebah asli hutan rasanya agak menyengat/tajam,selepas minum madu terasa mahu berdehem dan mempunyai bau wangi aroma bunga hutan dengan ciri-ciri tertentu. Madu lebah asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat. Pastikan warna madu juga sekata.Maksudnya dari atas hingga dasar botol warna madu yang sama,tidak berbelang atau bahagian atas warna dan bawah tidak sama.

3)Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu lebah tiruan kekadang dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.

4)Ada gelang propolis/pollen di bahgian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol.

5)Menggunakan api: ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna kemungkinan besar ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.

Uji Keaslian jpg2

***KREDIT : Panduan ini diambil dari Syairtimur Enterprise Website

Wednesday, February 22, 2012

KHASIAT MADU LIAR KPD KESIHATAN

  • awet muda
  • antibakteria dan antivirus
  • mengurangkan paras kolestrol
  • mengurangkan tekanan darah tinggi
  • mengurangkan kemungkinan serangan sakit jantung
  • mengurangkan penyakit lelah dan bronkitis
  • membantu lelaki yg lemah tenaga batin/cepat tertewas
  • mempercepatkan keembuhan luka-luka,melecur
  • merawat pesakit kencing manis ,gantikan gula pasir dan susu pekat dlm minuman dgn madu
  • membantu menghilangkan racun pada hati
  • melancarkan perjalanan darah
  • mencuci perut daripada cairan kotor dan mengelakkan berlaku sekatan pada usus
  • madu lebah yg dicampur dgn limau nipis dapat menghindari masalah kedinginan serta dapat mengurangkan batuk dan sakit tekak

MULAKAN DGN BISMILLAH...

Cara makan madu lebah

Selawat 3X beserta niat /hajat/doa
-1 atau 2 sudu plastik besar (setengah jam sebelum sarapan ,tengahari dan sebelum tidur malam ,boleh juga dicampur dlm air kosong)

contoh DOA : "YA ALLAH ..berkat madu lebah yg Kau turunkan sebagai ubat,aku mohon Kau sembuhkanlah segala penyakit di dalam dan di luar tubuhku ini "

keyakinan pada madu lebah sebagai ubat mesti tinggi tahapnya.
meminum madu sebelum sarapan pagi bermakna madu itu masuk ke dalam perut yg  kosong,kerana dalam keadaan seperti iti ,tubuh kita sangat memerlukan zat gula.Maka zat gula itulah yg mula2 masuk ke dalam tubuh kita.Kemudian sel2 dalaman menerima dan mengambil manfaat madu ,merawat dan menyembuh segala penyakit.